Ads

March 4, 2016

Day 9 : UK & Paris Roadtrip - Big Ben & Harrods


Salam semua.
Bersambung lagi percutian kami di UK.
Masih lagi hari ke 9. Lepas sight seeing di Tower Bridge kami bergerak pula ke Big Ben & Parlimentary. Ketika ini menghampiri jam 4 petang dah nak gelap. Tetapi manusia punyalah ramai banget. Tiga kali aku jejak sini inilah kami pertama aku menghadapi pelancong yang tersangat ramai. Masa pergi tahun lepas....kami sampai waktu pagi. Cuaca terang dan orang pun tak berapa ramai. Kali ini pergi dah petang...Subhanallah terlalu ramai. Sehinggalah susah nak mengambil gambar. Nak bergambar pun di celah-celah orang ramai.

Aku tau kenapa menjadi ramai. Sebabnya ialah aku ternampak sekumpulan pelancong luar yang overstay rasanya...buat permainan silap mata di tengah-tengah laluan. So...mana2 pelancong yang nak join kena bagi duit setiap seorang. Misalnya kalau main 4 orang...kalau menang dia akan ambil wang tu semua. Main pakai tin ajer pun. Macam silap mata. Bila dah berkumpul main tu makanya pelancong lain pun akan berhenti dan melihat permainan tersebut. Ini yang membuatkan keadaan menjadi sesak macam tu. Yang buat silap mata ni adalah di kalangan pelancong yang overstay dan tak cukup duit nak balik negara masing-masing. Maka dorang create lah permainan mcm ni. Pandai dorangkan.


 bila orang dah reda sikit...cepat2 kami bergambar.


 jalan raya pun sesak jugak. 





 London Eye...kami lihat dari jauh ajer. Malas nak ke sana sebab hari dah nak gelap.



 nampak tak orang yg ramai ni. Masa ni mereka dah start nak mulakan permainan silap mata tu. Padahal tempat ni tadi kosong jer...tu yg aku datang lepak di sini. Tetiba dorang datang pulak tempat kami dan memulakan game. Kurang asam betui.




 En Bos sempat snap permainan dorang ni. They are not local here. Dari percakapan mereka kita mereka datang dari Eastern Europe seperti Poland, Romania.




 sesak dengan manusia. Aku nasihatkan sesiapa yg nak datang sini...datang waktu pagi. Waktu petang memang hancur dengan manusia.






Kami spent time lebih kurang setengah jam ajer di sini. Next location kami nak bershopping pulak. Anak buah aku dah bising kat daddy sebab dah janji nak beli toys. Padahal dah beli sebelum ni. Dia kata nak lagi satu...nak pergi kedai toys yang besar lagi. Aduhai anak buah aku.

Makanya kami plan ke Harrods pulak. Dari sini agak jauh jugak. Tengok pada city mapper ada banyak laluan sama ada naik tube sahaja atau campur dengan naik bas. Memandangkan ketika ini ialah peak hour iaitu time orang balik dari kerja....kami elakkan naik bas. So kami ambil laluan yg naik tube sekejap dan berjalan kaki. Ingatlkan dekat rupanya jauhnya berjalan. Masa ni aku dah terasa sakit kaki. Bukan melecet tetapi sakit kaki sebab byk sangat berjalan. Aduhhhh....aku tahan ajer.


 dengan cuaca yg sejuk kami berjalan kaki ke Harrods. Kaki pulak sakit



 Masuk ajer kami tuju ke Food Hall,....gerannya tengok coklat ni. Terus kaki yg sakit pun hilang hahaha. Jom kita tengok gambar...sambil air liur meleleh.






 my bro beli coklat for his business partner...bawa balik mesia.


 aku beli macarons ni....sedap giler. Tapi aku beli yg dah pecah2...dapat separuh harga hehehe. Tak kisahlah,...masuk perut pun hancur gak.






sedap giler red velvet ni.







 aku beli beg harrods ni...GBP7-8 ...lupalah lebih kurang


 beg ni takda sale pulak. 






Setelah meronda satu bangunan Harrods ni aku dah rasa sakit kaki kembali. Sakit sangat-sangat. En Bos pun kata dia sakit kaki. Nak cari kerusi duduk pun tak jumpa. Masa ni kami berdua dah terpisah dengan my bro and family. Entah ke mana lah depa pergi. Rupanya tengah beli toys kat tingkat atas.

Akhirnya kami keluar dari bangunan ni dan lepak di luar. Sejuk sangat pulak tu. Aku duduk di bus station. Sambil menunggu my brother. Dekat sejam jugak kami di luar menunggu mereka. Tapi taklah boring sebab sambil menunggu tu kami melihat decoration yg terdapat di luar bangunan Harrods ni. Decoration sempena Christmas yang akan tiba.





Balik apartment mengadap beg sambil mengemas sikit barang-barang shopping.


Si bambam Rayyan sedang menikmati kek yg dibeli di Harodds tadi. Dia ni memang suka kek..pizza...roti...coklat..cheese. Tapi kalau bagi nasi, mee.....dia kureng. Hmmmm tekak mat salleh sangat hai.


Malam tu balik apartment kepenatan. Masak utk makan malam. Then...kemas beg sikit dan terus tidur. Esok pulak ke manakah kami?  Esok acara santai jugak...shopping.


p/s baru balik honeymoon....best



1 comment:

shimahz said...

Ya Allah...terujanya baca entry ni. Inshaa Allah one day ade peluang ke sana will use information from your blog. Thanx for sharing