Ads

August 27, 2015

Day 1 - Raya @ Johor Bahru & Singapore


Salam semua pembaca blog yg disayangi.
Tuan tanah sekarang ni bersemangat nak update blog..... sebabnya nak habiskan story raya bersusun. Almaklum kami tahun ni raya sakan. Kalau lambat update alamat cerita pun dah basi..huhuhu. 

Selepas kami balik dari Terengganu...esoknya aku dah start kerja iaitu jatuh hari Jumaat. So esoknya Sabtu dan Ahad ramai dah bgtau nak singgah beraya di rumah kami. Hari Sabtu plak family aku akan datang rumah kami beraya. So acara masak memasak pun bermula. Dari pagi aku dah start memasak untuk tetamu kami. Menu untuk family aku ialah :
1. Spaghetti Blognese
2. Fettucine Carbonara
3. Satay dan Nasi Impit
4. Moist choc cake
5. Goreng pisang cheese

Esoknya hari Ahad pun ada ramai lagi tetamu nak datang. Cousins aku 3 family datang serentak ke rumah kami. Aku masak mee kari seafood percubaan pertama aku. Hmmmm...sedap menjilat jari semuanya. Alhamdulillah cukup semua makanan kami. Malam tu aku singgah rumah my mum pulak. My mum masak mcm2 sebab ramai juga tetamu datang. Ada nasi arab dan laksa Penang. 


 family aku datang beraya.....baru selesai makan.

 kat carpet tu tempat lepak anak saudara aku tuk main game dan charge ipad. 




 aku sengaja asingkan food di meja lain....supaya tetamu kami makan dengan selesa di meja makan.


 esoknya pulak hari Isnin ada jamuan makan2 raya dengan ofismate aku. Kami buat potluck. Masing-masing bawa makanan. Aku bawa moist choc cake, kueh raya dan acar timun. Menu kami macam2...ada satay, nasi beriyani, ayam masala, nasi impit dah lodeh, lemang dan rendang dan kueh raya. Raya tahun pecah rekod boss bagi duit raya...thank you boss.




Selang beberapa hari iaitu hari Jumaat pagi kami sekeluarga bergerak ke selatan, Aku, En Bos, my mum dan my bro Izam sefamily kami sama-sama memang dah plan nak beraya dgn saudara mara kami di JB dan Singapore. My mum mmg orang Singapore dan memang saudara mara kami ramai di sana. Banyak rumah persinggahan kami nanti. Sempat ke nanti hehehehe.

Kami berdua memang plan dah lama nak bawa jalan kedua-dua bonda ke Singapore. Kebetulan my bro Izam nak join kami sekali. Ok....lagi ramai lagi meriah. So..ibu mertua dah sampai KL dari kampung sehari awal. Esoknya pagi kami bertolak ke JB dari rumah my bro Izam di Duta Suria Ampang.


 kami berkumpul di rumah my bro dulu sebelum bertolak. Rombongan madam leez ke selatan.


 Rumah pertama kami ialah di Gelang Patah rumah my cousin Kak Azizah...kami sampai just nice waktu makan tengahari. Tuan rumah memang taukeh catering dan tengah sibuk memasak untuk tempahan catering. Sambil tu memang dia masakkan untuk kami iaitu ikan masak asam pedas, sayur campur, rendang ayam, meehoon, mee goreng dan nasi impit. Memang sangat sedap dan menyelerakan. Sendat perut...alhamdulillah dah kenyang.


 anak buah aku yg 3 orang tu menunggu untuk makan...sian lapar dorang. Penat jalan jauh. 


 then...kami gerak ke Johor Premium Outlet pulak. Tak plan nak shopping pun. My bro yg nak shopping sebenarnya. Kami takat window shopping ajer hehehe. Datang dgn tangan kosong dan balik pun dengan tangan kosong hehehe. Kami dah plan nak shopping kat tempat lain bulan Nov ni....ke negara manakah??? tungguuuuu. 


 sehelai tshirt harga beribu...hmmm En Bos kata...tak payahlah. Baik kita beli flight ticket dgn duit tu and shopping kat sana. Ehh.....kat negara mana tu En Bos???? :p


 dah petang dan kami pun dah penat giler. Kami dan kedua-dua bonda gerak dulu dari JPO dan kami check in di Pulai Spring Resort. Berehat, solat, mandi dan bersiap untuk keluar lagi malamnya. Ada 2 buah rumah kami nak singgah.


 gambar terlebih lighting kuning guna hp En Bos.


 kami stay di suite 2 rooms denga  harga RM420 satu malam termasuk brekafast for 4 pax. Bestlah stay sini. Permandangan pun cantik dengan padang golf di sekeliling. 


 Lepas maghrib kami gerak ke Larkin iaitu rumah my cousin Ilal dan Ida. Kami dijamu dengan mee goreng dan meehoon goreng. Sorry takda gambar sebab sibuk berborak sambil makan. Then my bro kata dia nak singgah makan steamboat cucuk jap kat Dataran Bandaraya. Oklah.....makan sikit utk jamah ajer. 


 Memang order sikit tapi bila tetap kami kekenyangan. Tak habis...tapau bawak balik.


Next pit stop ialah di Mutiara Rini rumah anak sedara sepupu- Jai. Dia dah call aku awal2 lagi....jangan makan sampai kenyang sebab dia nak jamu nasi lemak malam tu. Aduhaiiiii camana ni. Perut dah sendat. Jamah jugaklah sedikit. Pukul 1.30 pagi kami baru balik...huhuhu. Ikutkan hati nak berborak lagi tapi kedua-dua bonda dah kepenatan dan mata mengantuk. Ok jom balik hotel semula.


Sekian cerita kami di hari pertama jalan-jalan raya kami di JB....penuh dengan aktiviti makan-makan dan borak-borak sedara mara. Esok pagi kami nak gerak ke seberang tambak pulak. Apakah yang terjadi kepada kami malam esoknya....tungguuuuuuuuu.


p/s - setiap minggu penuh dgn aktiviti sejak raya.....mak penat uolsssss.



3 comments:

Anonymous said...

Hello liz, i am your silent reader from IL , USA Selamat Hari Raya

Anonymous said...

Hello Liz, I am yor blog silent reader from IL,USA Selamat Hari Raya :)

tintamerah_blogspot.com said...

Bestnya jalan2 raya...hihihi