Ads

December 11, 2015

Day 3 : UK & Paris Roadtrip - Paris Arc de Triomphe & Champs Elysees




Salam semua.
Bersambung lagi entry trip ini. Hari ke 3. Ke manakah kami? Tengok tajuk pun mesti korang dah agakkan. Semalam tidur awal setelah kepenatan seharian di Portobello Road Market. So pagi tu bangun awal jam 3 pagi dah sedar. Kami bersiap awal untuk catch train yang akan bergerak ke Paris jam 5.40 pagi. Kami mmg ambil train yang paling awal sekali. Only a day trip to Paris.

Jam 4.15 am kami naik teksi Uber. Oh yea...mungkin ramai tertanya kenapa agaknya kami stay di Camden Town di London ini. Ini jawapannya. Sebabnya ialah pada hari ke 3 tu memang kami nak ke Paris. Train station ke Paris terletak di St Pancras International iaitu hanya 5 minit naik teksi dari Camden Town. What for kita duduk di tempat yang jauh dengan membayar teksi yang mahal. Lagipun awal pagi tu tube belum beroperasi lagi. The only way ialah dengan menaiki teksi Uber. Hanya GBP5 sehala. 

Masa kami sampai di St Pancras International station memang sunyi sepi tak ramai orang. Semua yang nak menaiki Eurostar ke Paris wajib berada di station 45 minit sebelum berlepas. Ini kerana anda kena melalui proses imigresen dan scan beg. Kami membeli ticket ini melalui online...print terus dari KL (ada barcode). Sebaik sampai di sini....pergi ke International departure (seperti dalam gmbar kat bawah ini). Sebelum masuk ke dalam kena scan barcode kat printed ticket tu pada pintu halangan. Automatik anda dah check-in. Then menuju urusan imigresen dan scan bag...mudah sangat. Next tunggu di waiting room sebelum announcement menuju ke train. Make sure anda pergi ke nombor coach yang tertera pada printed ticket. Apabila dah masuk coach...barulah lihat nombor seat anda. Datang awal memudahkan perjalanan anda. Jangan datang lambat...jawabnya nafas anda akan tercungap-cungap. Cuak akan ketinggalan train. Harga train kami ialah GBP72 (RM475) untuk seorang pergi dan balik. Masa aku beli ticket ini try gunakan debit card....hampeh tak boleh. So kena guna credit card...ada additional charge GBP4...cissss.



Ini di area International Departure Eurostar @ St Pancras International Station. Kami berempat ajer yang pergi. Anak-anak 3 orang dan neneknya tinggal di apartment Camden Town. Masa ni lah 2 pasangan laki bini ni nak beromantik di City of Love, Paris.  



Sementara tunggu di waiting room...jom kita pekena coffee. Ada coffee shop kat sini. Aku beli rasberry muffin and hot chocolate....sedapnyaa muffin tu.


Menunggu di waiting room...jomlah kita selfie dulu. 


Yahooo dah boleh naik train. Kami ambil coach no 16...jauhnya plak nak kena berjalan. En Bos ambil gambar pakai hp jer. 


Masa aku booking ni...memang ambil seat duduk mengadap each other 4 orang. Boleh borak2 sambil menghabiskan masa 2 jam 40 minutes. Duk sakan berborak hinggakan tidak sedar masa berlalu sungguh pantas. Dah sampai rupanya.


My bro Izam and wife Azam. 


Coach yang kami naik ini merupakan standard class. Melalui Eurostar website katanya ada coach baru digunakan. Mungkin takda rezeki kami nak merasa coach baru huhuhuhu. Banyak kosong seat di awal pagi ni. Lagipun masa ni weekday. Dari London ke Paris...train ini akan merentasi Selat Inggeris...setengah jam jugak berada di bawah laut. Permandangan gelap jer di luar. Masuk jer ke Paris....cantik permandangan. Nampak ladang ternakan biri-biri dan rumah-rumah kampung. Train ni memang laju giler. Kali kedua aku naik train Eurostar ini ke Paris.



Alhamdulillah dah sampai  Gare du Nord Station. Lebih kurang macam KL Central. Kami terus ke Tourism Information Centre untuk bertanyakan tentang Metro map dan Paris map. 




Untuk bergerak ke sana sini di Paris ni kami plan nak naik Metro train ajer. Nak beli ticket kena gi counter seperti dalam gambar ni. Tak reti aku nak bagi direction ke counter ni. Senang citer pi tanya orang kat Tourism Counter tu....mereka akan tunjukkan arah. Harga Mobilis Ticket utk day ticket ialah EUR7 (RM34) for unlimited rides in Zon 1-2.


Gare Du Nord Station in Paris


jom kita naik Metro underground.


ke manakah kami? Tu nampak tak..kami nak menuju ke arah Arc de Triomphe. Citymapper membantu kami nak berhenti di mana. Tak payah pening kepala nak cari station apa....nak lalu lane mana? Semua tu dh ditulis di Citymapper. Telco line yang aku guna di London tu boleh digunakan di Paris juga. No additional charges.



Sortie - maksudnya Way Out


Dah sampai Arc de Triomphe. Masa gi Paris dulu tak sempat nak ke tempat ini. Nampak dari jauh ajer. Ni nampak depan mata.



Arc de Triomphe adalah sebuah tugu di Paris yang terletak di pusat Place Charles de Gaulle, juga digelar "Place de Etoile". Ia berada di hujung barat Champs Elysees. Gerbang kemenangan ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis khusunya sewaktu Perang Napolean. 

Terdapat laluan pejalan kaki ke Arc de Triomphe dan kena melalui sebuah terowong. Pengunjung boleh mendaki 284 anak tangga untuk menuju ke puncak Arc atau menaiki lif dan berjalan 46 langkah. Dari puncak terdapat permandangan yang indah kota Paris. Terdapat dua belas arah jalan utama pada bulatan di mana Arc ini berdiri. Jalan ini sangat sibuk dengan kenderaan.





jalanraya di hadapan Arc de Triomphe dan melalui Champ Elysees. Sibuk dengan kereta.


nak ambil gambar di sini pun berebut-rebut...sebab nak ambil angle yang menarik.




setelah puas bergambar dan menikmati tugu yang indah itu....jom kita bershopping di Champs Elysees. Melalui jalan yang sama.....jalan kaki ajer. Di sepanjang jalanraya ini terdapat pelbagai jenis gedung membeli belah butik terkenal. Kiranya gedung shopping paling happening di sinilah tempatnya. Mcm Jalan Bukit Bintang gitiewww...tapi yg ni lebih panjang dan lebih besar. Can you image camana kami berjalan kaki dari hujung ke hujung. Pengsan ahkak!!!





My brother said...jom kita cari cafe yang best utk breakfast. So di sepanjang Champs-Elysees ni memang byk cafe. Kita tengok menu dulu...kalau berkenan...kita terus masuk. Masa begitu pantas berlalu...kena jimat masa. Yang ni dia kata mcm tak best....ok kita jalan lagi.



Nampak kedai jual glasses ni....mencuba yang berkenan di hati. En Bos memang nak mencari Ray Ban di sini....hadoii mahainya.



nampak pulak orang meniaga souvenirs di sini...kami ternampak poster itiewwww. 2 for EUR10. Hmmm...mesti ada lagi di depan tu...mana tau murah lagi. Ok tak jadi beli.



Ok ada lagi cafe di sini...again tengok menu. My brother said...jomlah kita having breakfast di sini. Mcm ok jer menu dia. 


Kami makan di luar and not in the building. But this place covered with glasses and ada heater. Can see orang lalu lalang di sini. Kami nak order pasta...tapi malangnya hanya utk lunch. Masa ni ialah breakfast...hanya served bread, croissant and egg. Belasah ajerlah.



sudah cukup mengenyangkan kami berempat. Alhamdulillah.






nampak LV butik di seberang jalan sana. Kita posing....nak beli nanti dulu lain tahun. 



My bro nampak butik Disneyland. They bought something for their kids. Jom kita posing cik abe kat luar ni. Aku ambil gambar dia....dia ambil gambar aku. Gitiewlah kami berdua disepanjang jalan Champs Elysees. 



Awal pagi masa kami sampai tadi tak ramai sgt manusia...tapi sekarang manusia dah berduyun-duyun. Entah dari celah mana dorang datang aku pun tak pasti. Yang aku pasti...tetiba manusia jadi ramai sekelip mata. Huhhhhh.



Bas pelancongan Paris...agaknya lah.


tadaaaaaa......dah jumpa kedai yang lagi murah. Kami dapat beli EUR7 for 2 posters. Kedai ni terletak di sepanjang jalan Champs-Elysees ni. Kami beli 2 poster gambar Eiffel Tower.




Champs-Elysees  here i am...



wowwww...tetiba salji pun turun. Kami berdua berlari-lari anak mendapatkan salji tersebut. Malangnya salji tu hanya berada di pokok belakang aku ni jer. Sejukkk!!!


Jalan dan terus berjalan. Berdating tanpa anak-anak...hehehe. Candid shot!!!


Suka tengok pokok2 togel ini. Dan bila daun sudah mula berguguran. 


Kami ternampak butik ini Christian Louboutin. Ramainya manusia sedang beratur utk masuk ke dalam. Mostly they are Asian tourist. My bro kata dia pun nak masuk....tapi tetiba tak jadi sebab takut masa takda. Nanti habis masa beratur jer.



Tadaaaa.... Chanel in the house!!! Both my bro and sis in law dah masuk dalam. Aku melepak kat luar dulu sambil menikmati permandangan butik-butik terkenal di sini. Nak tau tak apa yg aku perhatikan sebenarnya???

>>>

>>>

>>>

>>>

>>>

>>>

>>>

>>>

>>>



sila scroll lagi








tengok tu....betapa kepocinya minah mesia ni hahahaha. Dia perhatikan apa yg orang depan tu beli. Ada Hermes....Ada Chanel....ada Gucci 
Rupanya ada seorang papparazzi telah berjaya merakamkan aksi-aksi ini...cisssssss!!!!




 Kami masuk ke dalam. Sessi memilih beg idaman hati. Rambang mata tengok beg-beg ni. Bukan calang-calang harga uols. 


 pilih jangan tak pilih hahaha.



Akhirnya beg ini menjadi idaman hati. Harganya RM9K lebih kurang. Kat Msia katanya menceceah RM12K. Memang lebih murah daripada di Mesia. 
Nampak tak perbezaan muka orang yang dapat beg Chanel dan orang yang tukang membayar beg. Hahaha.



Aku menumpang happy berdiri sebelah orang yang membeli beg Chanel hehehe. Walaupun beg itu bukan aku yang punya kekeke.



Daun maple yang banyak berguguram di bumi Paris.


Dari tadi kami berjalan kaki berterusan. Kali ni kami nak cari Gallery Lafayette. Huruf M for Metro underground.


besarnya shopping complex ni - Printemps Paris.


dah sampai pun. Tengok tu laju jer dia masuk ke dalam. Entah apa yang dia nak cari kat dalam tu. Maklumlah first time masuk tempat ni. Dulu pergi tak sempat nak singgah. Kita tengok apa yg dia shopping.



Chanel lagi!!!! Nak survey perfume kat sini. Chanel kan from Paris. Mana tau murah kot.  Mmg giler lah masuk dalam bangunan ni. Sebab interior cantik sgt. Orang sangat ramai....mostly from Asia.
Lepas beli perfume sajer nak usha butik Longchamp dalam ni. Ramainya manusia. Tanya En Bos boleh tak nak beg kat sini. He said...belilah. Yahoooooooooo.....dapatlah sebijik beg  Longchamp Le Pliage Neo medium size. 


Orang pompuan bila dah bershopping....masa pegang beg tu rasa happy semacam hahahha. Memiliki beg berjenama ialah impian setiap wanita. Betul tak?



Penat berjalan dari Arc de Triomphe tadi hinggalah ke Gallery Lafayette. Boleh imagine tak berapa km dah kami berjalan? Masa ni dah terasa kaki sakit sikit. Next kami nak mencari sesuatu. Kemanakah? Sesuatu telah terjadi. Tunggu.................


p/s - next trip....tunggu next year.








4 comments:

Farah Farhana said...

bestnyer kak leez..I've been following your blog quite sometime..and Alhamdulillah next year dapat jugak ke London..hehe..halalkan lah yer tips tips yang saya amik dari blog ni

Siti Yang Menaip said...

ngeh2.. kalo CT xyah Chanel pun xpa.. janji sampai Paris =D

Hani said...

Seronoknya tengok Leez dan sil shoppping bag. Congratssss neo longchamps tu memang ramai yang suka dan cari.

Mama Zharfan said...

beshnya u dpt beli beg mahal tuuuu
byk2 pic i paling suka pic maple leaf tu ;)